Tuesday, November 16, 2004
Kasih Ufuk Rindu 3
“Aku lain.Aku dibesarkan disini dengan arwah nenek aku.Aku dah kenal In tu sejak kecil.Satu dalam berjuta kau tau.”ujar Zaidi bersahaja,mata terbayangkan senyuman manis yang amat dirinduinya.
“Benarkah?Hebat sangatkah dia tu?Siapa nama dia?Sejak tadi aku dengar kau sebut In,In.”dia bertanya lagi.Namun tangan lincah menjalankan kerja.
“Nanti bila kau dah jumpa dengan dia baru aku kenalkan orangnya sekali.”Bibir menguntum senyum yang memekar.Bagaimana agaknya In sekarang.Dah dekat dua bulan dia tidak ketemu In.
Selalu tu kalau In ada masa lapang atau tak ada kuliah pasti dia akan menjenguk rumah mak dan ayah Zaidi.Tapi sejak kebelakangan ini kesibukan menyebabkan In telah lama tidak bertandang.Kalau adapun cuma mereka berhubung dengan telefon bimbit masing masing.
“Apa kabar pak long?”In mendekati Zabidi,tunduk hormat menyalami tangan sasa itu.Kerinduan pada ayah serta merta menyerbu.Namun segera perasaan itu dikikis.
“Eh,bila sampai ni?”Zabidi memandang gadis ayu itu.Memandang In yang sudah seperti anak gadisnya sendiri.
“Lepas Isyak tadi pak long.In lewat sikit.Dah nikah ke pak long?”dia bertanya sambil menjengukkan wajah memerhatikan kawasan rumah yang terang benderang itu.
“Dah tadi.Alhamdulillah,dah selamat dah pun.Lepas maghrib tadi In.Pergilah kamu masuk dulu.Mak long kamu tak sabar sabar nak jumpa kamu.Lagipun anak anak kamu tu dah rindu sangat kat kamu ni.”
“In masuk dulu ya pak long.”In meminta diri,masuk kedalam rumah besar itu. Walaupun rumah itu dibina daripada papan namun kemewahan keluarga itu tidak dapat dinafikan. Dengan corak pilihan kayu dan hiasan dalaman saja sudah cukup membayangkan status pemiliknya.
Mata meliar memerhatikan keliling rumah itu,kelihatan sanak saudara sedang leka menjalankan kerja masing masing.Dia mencari cari wajah wajah yang amat dirinduinya. In melangkah lagi,namun langkahnya terhenti bila memandang kearah luar tingkap yang luas terbuka.Dia senyum.Cepat cepat keluar semula.Mata galak memerhatikan anak anak yang sedang tertawa riang bersama Zaidi.
“Ikal!Danny!”In memekik memanggil pasangan kembar itu.Hati begitu merindui mereka.Serentak itu kanak kanak itu berpaling padanya.Kedua mereka melepaskan rangkulan Zaidi berlari mendapatkan In yang sedia menanti.
“Mama In!Mama In.”sesungguhnya In bahagia mendengar panggilan yang amat dirinduinya.Dirangkulnya Haikal.Dipeluknya Danial.Untuk seketika dia mencium kedua duanya.Melepaskan rindu yang sarat menggunung.
“Kenapa mama In lambat balik.Ikal dah rindu.”Haikal memeluk leher In.Danial pula mengangguk lagu sambil erat memeluk In.
“Mama In sibuk lah sayang.Mama ada periksa,tapi sekarang mama akan tinggal sini.Kita boleh habiskan masa sama sama.”dia tersenyum mendengar butir bicara dari mulut mulut kecil itu.
“Kita boleh makan aiskrim ke mama?”Haikal menyoal.Tidak lupa makanan kegemarannya.
“Boleh,”In masih leka melayani kerenah mereka.
“Lepas tu kita boleh tangkap ikan.”Danial pula mengambil giliran bersuara.
“Tak nak ajak uncle kah?”Tiba tibaZaidi menyampuk.Mematikan perbualan tiga beranak itu.Sejuk mata melihat In bersama,dalam diam rasa rindunya yang menggunung terhapus sudah.
“Tak boleh,uncle dah besar gi sendiri.”Danial bersuara manja.Kepala dilentokkan kebahu In.
“Kalau macam tu nanti uncle bawa mama In lari nak?Nanti Ikal dengan Danny tak dapat jumpa mama In lagi.”dia mengugut.Menakutkan budak berdua tu.
“Mama In tak boleh ikut uncle.Uncle jahat.Lagipun uncle bukan papa.”Haikal bersuara lantang.Mengejutkan In.Zaidi juga nyata terkejut mendengar kata kata dari mulut kecil itu.
“Ikal!Kenapa cakap dengan uncle macam tu.Mama In tak pernah ajar Ikal dengan Danny cakap macam tu pada uncle kan.Now,say sorry.”In mengarahkan kedua beradik itu meminta maaf.Walaupun malu bila mendengar kata kata Haikal itu.
“Go,tak nak dengar cakap mama In kah?”dia bersuara tenang.Cuba untuk tidak menakutkan anak anak itu.Haikal dan Danial pantas menurut kata kata In.Mereka mendekati Zaidi menyalami lelaki itu.
“Sorry uncle.”serentak mereka bersuara.
“It’s okey.Lagipun uncle tak marah.Tapi kalau uncle jadi papa untuk Ikal dan Danny nak tak?”dia mengusik lagi.Selebihnya kata kata itu untuk In.Ingin mengusik gadis itu.
“Nak.”kedua beradik itu tersenyum wajah kembali ceria dan tawa keluar dari mulut mereka.
“Abang jangan nak ajar diaorang yang bukan bukan ya.Nanti kalau mak dengar In yang kena tau.”In menjeling kearah Zaidi yang tertawa memandangnya.Dia pantas mendapatkan Haikal sementara Zaidi mendukung Danial.
“Jangan marah,abang gurau ajelah.”dia tersenyum sumbing.
“Eh,In lupa pula.Mari abang kenalkan denga cousin abang.”dia menarik tangan In membawa kearah Andrian yang membelakangi mereka.
“Rean!”dia memanggil Andrian yang leka mengacau kuah yang sedang mengelegak itu.
“Kenalkan ini Intan Xarfisda.In,ini Andrian sepupu abang dari KL.”dia memperkenalkan mereka.
“Hai….”Andrian termangu seketika.Dia seakan mengenali wajah didepannya itu.
“Awak?”In bersuara,nyata terkejut bila melihat lelaki yang berdiri didepannya saat itu.
“Kenal ke?”Zaidi kebingungan melihatkan reaksi keduanya yang saling terkejut.
“No,In tak kenal dia,cuma pernah jumpa aje.”In pantas bersuara menyembunyikan kekagetan yang datang bertandang.
“Yeah,kami pernah terserempak dulu.”Andrian mula mengingati kembali wajah ayu itu. Kejadian di dalam lif tempohari dan kata kata angkuhnya melayang layang kekotak ingatan.
“Andrian.”dia menghulurkan salam persahabatan.
“In.”In bersuara perlahan.Terbayang pertengakaran kecil mereka tempohari.Huluran perkenalan itu disambut In.Sengaja tidak mahu menghampakan lelaki itu.Lagipun dia tidak punya permusuhan dengan Andrian untuk apa bermasam muka.
“Mama In,jom jumpa nenek.”Haikal menaik tangan In.Merengek minta dibawa berjumpa nenek.
“Okey,jom kita pergi.”dia tersenyum pada Haikal.
“Danny nak ikut tak?”dia memandang Danial pula.Pantas Danial menganggukkan kepala.Mendapatkan In.
“Pergi dulu ya,abang.”dia meminta diri dari pada Zaidi sempat menganggukan kepala bila matanya berlaga dengan mata coklat milik Andrian.Cuma sekadar menghormati tamu,tak salah rasanya.
“Mana kau jumpa In?”Zaidi pula mengambil bahagian bertanya.
“Oh,kami terserempak hari tu.”Andrian bersuara perlahan.Mata masih terfokus pada In yang sedang berpelukan mesra dengan Puan Zainon.Kata kata In berlegar dikotak ingatan.Tunduk dengan cinta sejati?Mungkinkah?
“In,terima kasih.”Fidah memeluk In.Jelingan mak andam tidak diendahkan.Sebaliknya dia sibuk melepaskan kerinduan pada sepupu itu.Dia dan In memang rapat sejak kecil.
Cuma dia tidak sebijak In,lagi pun rasanya dia malas nak belajar lagi.Lalu dia meneri -ma lamaran teman lelaki yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
“Aku doakan semoga kau bahagia sampai keanak cucu.”dia tersenyum dan melepaskan pelukan hangat sepupu itu.Lantas kotak hadis bertukar tangan.
“Aku tak sangka hari ni merupakan perkawinan kau.Macam baru semalam aje rasanya kita sama sama pergi mengajikan.”In mengengam erat jari jemari Fidah.
“Aku pun macam tu.Tapi lagi seronok kalau kita sama sama kawin hari ni kan.”dia tersenyum memerhatikan In yang terkejut mendengar kata katanya itu.
“Kau ni mengarut ajelah.Macam aku ni siapa yang nak.Lain lah kau.Lagipun rasanya hidup aku ni untuk Ikal dan Danny aje.”dia tersenyum lagi.
“Alah,ramai yang nak,kau yang tak nampak.Tunggu putera dari kayangan kah?Lagi pun aku rasa Ikal dengan Danny tentu gembira kalau diaorang ada papa.”dia bergurau lagi. Kadangkala dia tidak setuju dengan In yang sanggup memikul tanggungjawab menjaga Haikal dan Danial.Lagipun In masih muda lagi.
“Kalau ada jodoh.Tapi sekarang ni aku still solo lagi.”dia tersenyum manis. Memerhati -kan wajah Fidah yang telah siap cantik disolek mak andam.
“Tu abang Zaidi ada.Lagipun dia sayang sangat dekat Ikal dan Danny tu.”Fidah mengusik teman itu.Ingin melihat sejauh mana reaksi In.Sedangkan dia tahu,dia seolah dapat membaca isi hati abangnya itu.Zaidi begitu menyayangi In.Tiap kali In pulang kekampung tak cukup kaki tangan dia dah berlari ke rumah mak usu mereka itu.
“Ah,kau ni mengarut ajelah.Aku dah anggap abang Zaidi tu macam abang aku,lagipun kalau aku nak cari laki pun tak nak aku jadi ipar kau.Nanti kau buli aku.”dia tertawa manis.Lucu bila mengingatkan kata kata Fidah itu.Ada kepatut Zaidi suka dekat aku.Zaidi tu kan jurutera,lagipun kan anak Datin tu sibuk sibuk nak masuk meminang Zaidi.
“Apa yang senyum sorang sorang tu?”dia menegur bila melihat In tertawa kecil.Ingin tahu apa yang mencuit hati teman itu.
“Tak adalah,aku teringatkan kisah abang Zaidi.Eh,anak Datin yang kata nak meminang dia tu jadi ke?Senyap aje.Aku nak tanya kat dia takut nanti dia kata apa pula.”
“Sorry!Kalau Julia tulah nak jadi akak ipar aku,aku rela kalau kau aje yang kawin dengan abang Zaidi tu.Julia tu bukannya tahu masak.Nak jejakan kaki kat kampung ni pun belum tentu dia mahu.
Perempuan tu memang dah tak betul.”Fidah merungut.Geli rasa bila mengingatkan Julia yang beria ia ingin menghantar rombongan meminang.Pulak tu nak meminang Zaidi.
Tak pernah di buat orang perempuan pinang lelaki.Nasib baik mak tak pengsan.Ayah pula hanya mampu geleng kepala.Abang Zaidi lagilah,dia lari sampai ke gunung Ledang!Paling dia kesian dengan In,tak pasal pasal perempuan gila tu serang dia.
“Mmm,okeylah.Aku nak pergi kebawah.Lagi pun sekarang ni orang tengah ramai.”dia meminta diri.
“Jangan risau nanti kalau kau kawin aku dengan Zack pula jadi kau punya kendarat ya.” dia tersenyum manis.Di minta jadi pengapit In menolak.Katanya tak reti.Lagipun dia tak suka nanti kononnya dia yang jadi tumpuan pula.
Perlahan lahan In menuruni anak tangga yang tinggi itu.Dia sibuk memerhatikan para tamu yang sedang menjamu selera.Langkah segera dipercepatkan menghampiri Zaidi yang sibuk melayani Haikal dan Danial.Dia merapati ketiga tiga mereka yang sedang tertawa gembira.
“Abang jangan layan sangat budak berdua tu.Biar mak aje yang jaga.Lagipun tamu tengah ramai tu.”In mendekati Zaidi.
“Dengar tak mama In kata?Ikal dengan Danny pergi dekat nenek ya.Uncle nak tolong mama In.”Zaidi mengarahkan budak berdua tu mendapatkan Puan Zaiton.
“In,nak suruh abang buat apa?”dia bertanya setelah kedua beradik itu berlari mendapatkan Puan Zainon.
“Buat apa?Apa kata kalau abang pergi basuh pinggan?”dia mengusik.
“Sampai hati In suruh abang basuh pinggan.Abang ni abang pengantin perempuan tau.” dia tertawa memerhatikan kesegenap wajah ayu yang sedang sibuk melayan tetamu itu.
“Dah tu apa kata abang tolong In,boleh?Ambilkan nasi.”dia menyerahkan mangkuk nasi yang telah kosong.Namun dia masih lagi tidak berganjak menlayani para tamu yang ramai.
“Okey lah.Untuk adik abang ni apa salah nya.”Zaidi pantas menghilangkan diri mengambil nasi seperti dikatakan In.
“Tolong hulurkan jug air tu.”In pantas mengambil jug air dan dihulurkan pada orang yang meminta.Seketika kemudian mereka sama sama terpegun.
“Er..hai.”Andrian tersenyum memandang In yang kaku.Tak menyangka dia berada dihadapan In.
“Er..hai,ini jug air awak.”dia menghulurkan jug itu pada Andrian sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.
Andrian tersenyum sendirian.Entah mengapa senyuman In bagaikan terpahat
dilubuk hatinya.
“Apa yang sejak tadi along tengok kau ni lain macam aje?”Andrizal menepuk bahu Andrian.Sejak majlis tadi dia tengok Andrian tu asyik senyum sorang sorang.Pulak tu susah nak marah.
Tengok macam tadi tu,ada budak terlanggar dia sampai baju kesayangan dia kena kuah pun dia senyum aje.Kalau tak tentu dia mengamuk sakan.Sampai nak balik KL.Tapi…….emmmm mesti ada sesuatu yang menarik.
“Apa pula along ni.Tak ada apa apalah.”dia berdalih,sebaliknya bangun mengeliat beberapa ketika.Berpura pura menikmati permandangan sawah padi yang saujana mata memandang.
“Entahlah,kalau tak nak cakap tak apalah.Along tak kisah.Tapi tadikan along ada jumpa sepupu Zaidi.”dia bersuara.
“Sepupu Zaidi.”Hati berdebar debar.Dia kah.Andrian tidak sabar menantikan jawapan daripada Andrizal.
“Iyalah.Lawa budak tu.Dengar kata budak U.Siapa ya namanya?”Andrizal kelihatan seolah olah berfikir.Wajahnya terbayangkan keayuan milik perempuan itu tapi otaknya gagal mengingati namanya.
“In ya,yang ada anak kembar tu?”Andrian berpura pura bertanya.
“Oh,em betulah In namanya.”dia tersenyum,jeratnya mengena.Sengaja dia diamkan. Pertama kali melihat cara Andrian merenung gadis itu dia tahu pasti ada cerita antara mereka kelak.
“Mama In,uncle Rean tu baikkan.”Haikal melentokkan kepala keriba In.
“Kenapa pula?”In bertanya,tertarik dengan topik yang diutara kan HaikalSelalunya Haikal jarang sekali memuji orang yang baru dikenalinya.
“Dia belikan Ikal gula gula lepas tu dia cakap kena selalu tolong mama.”
“Danny pun suka uncle tu la mama In.Nanti mesti Danny rindukan uncle Rean tu.”
“Em,kalau macam tu nanti besok mama suruh nenek bawa Ikal dengan Danny kerumah uncle Zaidi.Bolehlah jumpa uncle Rean nanti.”dia memujuk.
“Tak naklah ma.Lagipun uncle Rean dah balik tadi.”Haikal bersuara perlahan.
“Em,ye ke.Tak apalah lagipun uncle tentu banyak kerjakan.Lagi pun uncle Zaidi kan ada.”dia mengelus lembut rambut Haikal.
“Mama,kalau uncle Rean tu jadi papa kan seronok.Nanti tak adalah uncle balik lagi.Kita bolehlah jumpa uncle selalu kan.”Danial bersuara riang.Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
Dalam masa seminggu saja nampaknya Andrian telah berjaya merampas sedikit kasih anak itu.Selama ini hanya Zaidi yang menjadi topik perbualan anak anaknya itu.
“Tak bolehlah sayang.Lagipun uncle tu tinggal jauh.”In tertawa mendengar kata kata Danial.Terlalu besar imaginasi anak itu.Sedangkan dia sendiri belum pernah memasang angan angan untuk mendirikan rumah tangga.
“Dah tidur ya.Esok mama bawa jalan jalan dekat bandar.”dia menyelimutkan Danial dan Haikal.Bibir masih menguntum senyum.Anak itu telah pandai merancang untuk nya sedangkan dia pula memikirkan mereka.
Dia tersenyum.Terbalik,sepatutnya dia yang sibuk sibuk fikirkan perancangan masa depannya.Tapi ini anak anaknya itu pula yang fikirkan untuknya sementelah dia sibuk merencana pendidikan anak anak itu.
Dia melangkah kepintu sebaik saja menutup lampu.Terserempak dengan Puan Zainon yang kebetulan berdiri didepan pintu itu.
“Kenapa mak senyum senyum ni?”In bertanya.Sejak tadi dilihatnya wajah tua itu begitu riang mengukir senyuman.
“Mak fikirkan kata kata Danial dan Haikal tadi.Mak pun rasa Andrian tu baik budaknya.”Dia tertawa kecil melihat In yang terkejut.
“Mak,mak.Mak janganlah dengar cakap mereka aje.Lagipun Andrian dan kita terlalu jauh.Mak bapak dia orang berada mak.Lagipun dia dah ada buah hati.Masa di KL tu pun In kenal dia pasal mak we dia.”dia tersenyum.
Takut pula kalau maknya berfikir yang bukan bukan.Lagipun umur aku baru nak masuk dua puluh tiga tahun.Muda lagilah. Lagipun tanggungajawab aku pada Haikal dan Danial masih banyak.Terlalu banyak yang aku rencanakan untuk masa depan mereka.
“Mak bukan apa,risaukan In.Zaidi tu pulak In kata dah macam abang kandung.Sekarang ni dah ada pilihan lain,lagipun budak berdua tu dah sukakan Rean tu.”
“Mak,mak.In tahu mak sayangkan In.Tapi Andrian dan In tak mungkin.Lagipun dia kan anak Datuk.Siapa lah In ni mak.Terlalu besar jurang perbezaan.Lagipun In tak nak kawin. Nak temankan mak sampai bila bila.”In lantas memeluk bahu Puan Zainon.
Dia tertawa kecil.Aku dengan Andrian?Dia tersenyum lagi.Andrian yang angkuh tu?Minta selisih!
“So,mak nak ikut In tak?”dia bertanya lagi memandang Puan Zainon.Ingin kembali ketopik mereka petang tadi.Puas dia memujuk namum mak tak pernah termakan pujuk rayunya.
“Tak mahulah In.Lagipun mak berat nak tinggalkan rumah ni.Lagipun kenangan mak ada disini.Nanti bila bila senang nanti mak datanglah kesana jenguk In.Budak budak ni biar tinggal dengan mak.”
“Tapi mak,In risaukan mak sorang sorang kat rumah nanti.Lagipun sekarang ni In praktikal,ada diaorang bagi duit poket bolelah buat belanja nanti.”In masih memujuk,mengharapkan ibu kesayangannya menyetujui permintaannya,dia masih memujuk walaupun tahu harapannya tipis.
Mak takkan tinggalkan rumah ni.Hati kecilnya yakin namun akalnya tidak mahu menerimanya,degil mengalahkan apa!
“Alah,duit tu nanti buat belanja In aje dekat sana.Bayar sewa rumah makan minum nanti.Lagipun mak kan ada budak budak tu.”dia pula memujuk anak itu.
“Nanti bila diaorang cuti sekolah mak datanglah jenguk Inn.”dia tersenyum mengusap kepala anak gadis tunggal kesayagannya.Dia tahu In tewas.Anak itu menganggukkan kepala sambil berbaring diatas ribanya.
“Bila In nak balik KL?”dia bertanya memandang In yang leka memerhatikan Danial dan Haikal bermain main disudut restoran Mc Donal itu.
“Mungkin hujung minggu nanti bang,lagipun minggu depan In dah kena mendaftar dekat company tu.”dia menghirupkan minuman.Mata dialihkan memandang wajah berkumis nipis didepan mata.
“Balik dengan abang sekali lah.Lagipun abang nak balik KL petang Ahad nanti.Bolehlah abang tengok tempat tinggal baru In nanti.”
“Tempat tinggal?”dia bersuara perlahan.Tiba tiba dia tersentak.Mengingati kembali masalah yang melanda diri.
“Kenapa?”dia memandang In yang mendiamkan diri.Sabar menanti butir bicara dari gadis itu.
“In,cuba terus terang dengan abang.”dia memujuk lembut.Ingin gadis itu memberitahu apa yang tersirat.In tu susah sangat nak beritahu masalahnya pada orang .Suka memendam rasa aje kerjanya.Itu yang merisaukan Zaidi.
“In!”suaranya ditinggikan sedikit.Tanda dia mahu gadis itu berterus terang.
“In,belum ada rumah sewa lagi.”dia menjawab perlahan.Norita yang berjanji untuk memberikan dia tinggal bersama akhirnya terpaksa membatalkannya kerana teman serumahnya tidak jadi berpindah.
“La,kenapa tak cari lagi?”dia bertanya.Hairam mendengar kata kata gadis itu.
“In dah cari.Tapi member yang janji tu tak dapat beri.Ada sebab.Ni yang In pening ni. Takkan nak duduk kat hotel pula.Lagipun In tak larat nak bayar bil banyak banyak nanti.”dia bertutur perlahan.Mengacau gacau air yang tinggal separuh.
“So,macamana?”Zaidi bertanya perlahan,memerhatikan wajah ayu itu.
“Tak tahu.”In bersuara lemah.
“Macam ni lah.In tinggal dengan abang nak?”dia mengutarakan pendapatnya.
“Dengan abang?”dia bersuara sedikit tinggi.Terkejut mendengar cadangan Zaidi.
“Kenapa takut ke?”dia tersenyum.Lucu melihat reaksi In yang gelabah.Merenung nakal wajah ayu itu.
“Tak naklah.Tak elok tinggal dengan orang lelaki tau.”dia pula tersenyum.Rasa terkejut dibendungnya.
“Kenapa?Kan In juga selalu kata abang ni dah macam abang kandung In sendiri.”dia masih mahu mengusik gadis itu.Teringat kata kata In bila mama mengusik gusik mahu menjodohkan mereka.
“Memanglah,abang kan dah lama kenal In.Tapi kalau ikut hukum tak bolehkan.Abang dengan In tetap bukan muhrim.”ujar In tenang.
“Yang boleh kawin?”dia bertanya,sengaja menyambung kata kata In.Ingin melihat sejauh mana gadis itu pandai bermain kata kata.Selebihnya dia ingin melepaskan rasa rindu yang terpendam.Rindu untuk menatap wajah itu,rindu untuk mendengar butir bicaranya.Rindu dengan segala gala yang menjadi milik gadis itu.
“Mmm.”In mengangguk laju tanpa perasan usikan disebalik pertanyaan itu.
“So,apa kata kalau In kawin aje dengan abang.Lepas tu bolehlah In tinggal dengan abang.
Senang kan?”
“Hah?”dia terkejut sekali lagi.Memandang Zaidi yang galak ketawa.“Abang jangan nak mengada ngada tau.Perasan siapa nak dekat abang tu?”dia menjuihkan bibir geram melihat Zaidi tertawa.
“In lah.”ujar Zaidi bersahaja.Masih membendung sisa tawa yang tersimpan sekian lama.
“Tak apalah.Thank you very much.Lagipun In takut nanti anak Datin tu saman In.” gilirannya pula mengusik Zaidi.Kan usik mengusik membawa bahagia?
“Anak Datin?”dia memandang In yang tertawa.Terpaku seketika melihat wajah ayu yang manis menawan.
“Yang nak pinang abang .”tawa In terburai.Memandang Zaidi yang terpinga pinga.
“In ingat lagikah?”nada suaranya kedengaran kurang senang.Dahinya berkerut seribu mengingati kembali kenangan lama yang mencuit hati dan kadangkala memeningkan kepala.
“Mana tak ingat.Kali pertama dia datang serang In dekat hostel.Malu In tau.”kenangan lampau kembali kekotak ingatan.Rasanya macam semalam Julia menghantar orang orangnya menyerang dan memalukan dia dihostel.Entah siapa yang bagitahu aku tinggal situ agaknya.
“Dia kacau In lagikah?”dia bertanya,tiba tiba diserang rasa bersalah.Dia terpaksa untuk melarikan diri dari Julia sengaja dia memperkenalkan In sebagai teman istemewanya.
“Tak adalah.Agaknya dia dah penat.”In tersenyum.Memerhatikan wajah lelaki didepannya yang telah berubah.Zaidi kelihatan begitu serius.
“Kalau dia kacau In lagi,beritahu abang.Abang tak nak nanti berlaku apa apa pada In.” tegas Zaidi bersuara.Tahu sangat dengan sikap In yang tidak suka mengehebahkan apa apa sekali pun.Julia pula suka bertindak melulu.Takut kalau dia mengapa ngapakan gadis kesayangannya itu.
“Tak adalah bang.”dia membuahkan senyuman pada lelaki itu.Serentak itu Danial dan Haikal berlari mendapatkan mereka.Duduk ditempat masing masing.
“Mama,Ikal nak air.”Haikal bersuara manja.Duduk disebelah In.
“Penat ke?”dia menyuapkan minuman kemulut anak itu.Tangan mengeluarkan tisu,memberikan sehelai kepada Zaidi untuk mengesat peluh Danial.
“Mama In,esok kita datang lagi eh.”Danial merengek manja,sambil mulut mengunyah ayam goreng yang terhidang.
“Tak boleh datang selalu sayang.Nanti bankrupt mama.”dia tersenyum memerhatikan Danial yang terpinga pinga mendengar jawapannya.
“Kalau mama enkrupt,uncle kan ada.”Haikal menyampuk.Sambil memandang Zaidi yang tersenyum manis.
“Yelah,nanti uncle bawa datang.Tapi Ikal dan Danny jangan nakal nakal.”Zaidi mengangguk,mengenyitkan mata memandang In yang ingin bersuara.Cepat cepat dia mengarahkan In diam.
Shit!!Kenapa dengan aku ni?Aku dah gila kah?Andrian mundar mandir dalam biliknya. Kepala dipegang berkali kali.Puas sudah dia cuba menghalau banyangkan yang meng -ekori itu.Namun ia tak pernah mahu berlalu,malahan semakin galak pula ia bertamu.
Senyuman itu,jelingan itu,keayuan itu,ah……segala gala milik gadis itu memukau hatinya.Dia tak tenteram.Ketenangannya hilang bersama sebaik saja dia berangkat meninggalkan kampung itu.Dia tak senang duduk.Senyuman manis itu masih dilayar matanya.
Mata dipejamkan,mengharapkan ianya hilang namun dia diburu wajah ayu itu pula.Gelak tawa yang meruntuhkan tembok keegoannya,senyuman yang mencairkan hatinya,ucapan lembut yang merantai perasaannya.Tiba tiba dia tersenyum sendirian, terbayangkan tawa riang gadis itu bersama Danial dan Haikal.
Betapa lapangnya hati melihat kasih yang terikat antara mereka bertiga.Namun dia bingung seketika,In seolah olah cuba menjauhkan diri darinya.Kenapa?Apa salah aku?Dia bertanya tanya sendiri. Berfikir kembali,takut takut kalau ada perlakuannya yang menganggu gadis itu.Tapi seingatnya tiada.Langsung tiada,malahan tiap kali dia cuba mendekati In semakin menjauhkan diri.
Tiba tiba peristiwa dalam lif kembali kekotak ingatan,adakah kerana itu?Kerana kata kata bongkaknya itukah?Atau kerana sikapnya yang kurang ajar itukah? Andrian tak punya jawapan,namun yang pasti dia masih diburu bayangan itu……
“So,macamana?In tinggal aje dengan mama abang nak?”dia memandang In yang leka melayani kerenah Danial dan Haikal.
“Tak naklah bang,lagi pun In tak nak menyusahkan mak long dan pak long.Nantilah, sementara ni,mungkin In tumpang dekat hostel dulu.Nanti bila ada bilik kosong baru In pindah.”dia mengelengkan kepala,tidak bersetuju dengan cadangan Zaidi.Dia tahu mak long dan pak long tak kisah,tapi dia yang tak betah.Lagipun tak manis ganggu keluarga mak longnya itu.
“Macamana kalau diorang tak bagi In tinggal kat hostel?Abang ajak tinggal dengan abang tak nak.Dah tu nanti In nak duduk mana?”dia masih memujuk.Geram dengan sikap degil In.Kata mamanya In tu degil macam dirinya.Betul kah?Dia tidak tahu,tak punya jawapan.
“Abang janganlah risaukan In.Tahulah In nanti.Lagipun kawan In ada disana,In boleh tumpang rumah diorang kan.”dia tersenyum manis.
“In lebih suka tinggal dengan orang lain daripada tinggal dengan sedara sendirikah?Apa In tak suka kah kalau tinggal dengan kami.”Zaidi kurang senang dengan kata kata In. Baginya susah In,susahlah dirinya.Nada suaranya jelas menunjukkan dia kurang senang dengan kata kata gadis itu.
“Oh..,In tak bermaksud nak sakit kan hati abang.In cuma tak nak abang susah kerana In. Lagipun terlalu banyak rasanya budi abang sekeluarga pada In dan mak.In tak nak terus menyusahkan abang.”In menarik nafas.Memuntahkan isi hatinya.Dia mahu anak muda itu tahu dan faham,dia mahu Zaidi mengerti bukan dia tak sudi tapi takut nanti dia terlalu banyak termakan budi.
“In tak pernah susahkan abang dan takkan pernah.Cuma In aje yang tak sudi.”dia bersuara perlahan.Sedikit sebanyak kata kata gadis itu menusuk kelubuk hatinya.
Lama mereka mendiamkan diri melayani perasaan masing masing.Haikal dan Danial pula sibuk menikmati nasi goreng kegemaran mereka.Sehingga mereka tidak mempedulikan situasi yang menganggu Zaidi dan In.
“Macam ni lah.”Zaidi bersuara setelah lama membungkam.Mata meratahi wajah ayu itu. Anak rambut In yang jatuh sehelai dua ke dahi menambahkan debaran dihati.
“In tinggal dirumah abang tu.Biar abang balik tinggal rumah mama aje.”dia memberi kata putus.
“No!”dia mengangkat tangan kebibirnya,memandang In yang ingin membuka mulut.
“Kali ni abang tak mahu In membantah.Kata kata abang muktamad.In akan tinggal di apartment abang.Abang akan balik semula kerumah mama abang.”Zaidi bersuara tegas, mengisyaratkan agar In diam,bila gadis itu cuba membuka mulut untuk membantah.
“Abang,kan abang baru aje sebulan pindah keapartmen tu.In…”dia serba salah untuk menerimanya.Terlalu banyak rasanya dia menyusahkan lelaki itu.Zaidi hanyalah seorang sepupu bukannya abang kandung dia.
“Kan abang dah kata.It’s final.Abang tak nak dengar apa apa dari mulut In.”dia bersuara tegas.Tahu sangat In tu kalau dipujuk memang tak jalan.Ketegasan gadis itu begitu sukar dilunturkan,cuma dengan paksaan saja akan membuatkan gadis itu berubah fikiran dan itulah yang sedang dia lakukan.Dia tahu gadis itu amat menghormati dirinya,kerana itu In takkan melawan tiap kali dia meninggikan sedikit volum suaranya.Namun kadangkala dia bagai ingin tertawa melihat muka empat belas yang panjang ditarik In.
“Di,minumlah.Sejak tadi tak minum air tu.”Puan Zainon menghampiri budak berdua tu. Tersenyum melihat wajah anak kesayangannya yang dah muncung.Dia terdengar perbualan mereka tadi.
“Mak,mak cakaplah dengan abang ni.In tak nak tinggal dekat apartment dia tu.”In memeluk lengan Puan Zainon manja.Mengharapkan campur tangan ibunya.
“Dah tu In ada tempat tinggal lain ke?”dia bertanya merenung wajah manis itu.
“Tak ada,tapi In nak tumpang rumah kawan sementara.”dia mencebik bila Zaidi membeliakkan biji mata tanda marah.Alah orang tak takutlah,ingat dia aje ada mata.In mencebik!
“Kalau macam tu mak rasa baik In ikut cadangan Zaidi.Mak tak nak anak mak tinggal ditempat tak tentu arah.”dia memeluk anak manjanya itu.Tersenyum sambil memandang Zaidi yang tertawa.
“Hah,kan abang dah kata.Kali ni keputusan abang muktamad.Tak boleh dibangkang lagi. Degil,mak su pun dah setuju.”dia tertawa melihat In memasamkan muka.
“Kalau macam tu,abang dengar pula keputusan In.”dia memandang wajah Zaidi yang sedikit terkejut mendengar kata katanya.Dia tahu Zaidi pasti akan menyangka yang bukan bukan.
“Apa maksud In?”dia merenung gadis yang tersenyum lawa itu.
“Baiklah,In terima keputusan abang tu.Tapi In takkan tinggal sana percuma.Tiap bulan In akan bayar sewa pada abang.Anggap aje In menyewa dengan abang.Macamana?”dia menyoal.Ingin tahu reaksi lelaki itu.
“Tapi…”kali ini kata katanya pula tersekat.
“Kalau abang tak setuju In batalkan aje praktikal In tu,In buat semesta depan aje.”dia mengugut.Dia ingat dia aje boleh paksa aku.Aku pun boleh.Bukan apa aku tak nak termakan budi dia lagi.
“No,abang tak mahu kerana abang,In buat perkara gila tu.Okey,abang terima syarat In. In tinggal sana dan abang datang kutip sewa tiap bulan macamana?Setuju?”dia mengalah akhirnya.
Ah,In!Dia menguntum senyum.Sikap degil gadis itulah yang semakin menambat hatinya.Sikap melawan itulah yang membuatkan dia semakin menyayangi In.
“Setuju!”In tertawa riang.Akhirnya dia menang jugak.Dia memeluk Puan Zainon yang mengelengkan kepala melihat gelagatnya.
“Dia ni memang keras kepala kan mak su.”Zaidi bersuara sambil tersenyum memerhati kan kedua beranak yang tertawa kecil.Dia tahu sampai bila bila pun dia takkan menang kalau berbahas dengan In.In terlalu banyak akal dan tipu muslihatnya.
Tapi kejujuran sekeping hati milik gadis itulah yang memerangkap hati lelakinya sejak dulu lagi.Dia akhirnya terpaksa mengakui yang dia telah lama tertewas pada gadis itu,cuma hingga kini belum terluah.Mungkin satu masa yang pasti nanti barulah diluahkan apa yang tersirat dihatinya.Mungkin pada satu waktu yang lebih sesuai kelak.